Tuesday, July 14, 2009

I am a Boy NOT yet a Woman......

Nak Mintak Maaf ????


Karangan - Pengalaman Yang Tidak Boleh Saya Lupakan

Tajuk : Pengalaman Yang Tidak Boleh Saya Lupakan

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paiptidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas ituemak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pulaterpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali gandakelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orangsemuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadiUltraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Merekabergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewasebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula laluterhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkantangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkanhelikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balikke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu loriitu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandulori itu mati.

Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggotapolis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramaimengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjeritmenggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepadapenjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yangmendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai dirumah kami pun mati.

Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Lagi Essei Dak2 Skolah HAHA...

Karangan - Keluarga Saya




























































































Friday, March 6, 2009

banglo (hadiah kepade ateng)

PANDANGAN DEPAN



amcam? depan ada style tak?

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

PANDANGAN SISI



gile kentang ebat banglo nih..harharhar

Misteri Bola Ping Pong

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????





ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.