Wednesday, January 28, 2009

Benarkah nama mempengaruhi keperibadian seseorang?

Sedang saya yang amat kebosanan sewaktu cuti Chinese New Year ini(27/1/09), sementara sahabat2 ku yang sedang belayar 5 hari di Selat Melaka….. Saya telah menjumpai sebuah buku kecil yang agak menarik dan begitu menarik perhatian saya…. Buku apa ek??
Haha… Buku tersebut bertajuk “HIMPUNAN NAMA-NAMA ISLAM - Mengandungi lebih 1,600 nama-nama pilihan”; oleh Mukhtar bin Abdul Aziz Syihabuddin, diterbitkan oleh SYARIKAT BIN YAHYA.

Apakah yang begitu menariknya buku ini sehinggakan saya dengan senang hatinya menulis karangan/warkah ini (Eceh!!)
He2…… Uhmmm??!!
Pertama kali ku memegang buku tersebut…… Aku terus membuka buku di bahagian “NAMA-NAMA PEREMPUAN” muka surat halaman 64…..
“Fathiah… Fathiah… Fathiah…. Ha! Jumpe pon” (Fathiah bermaksud Pembukaan; Pertolongan; Kejayaan) PERGHHHH!!! Betol ke? HUAHUAHUA……
Betul la tue…. Nape ek? (PERASAN SENDIRI) hahaha…. Betul la tue…. Sayakan umat manusia yang suka membantu orang lain…. Susah betul nak menolak permintaan orang lain, terutamanya apabila mereka begitu memerlukan pertolongan ku…. Nak pinjam report! Ambek jela…. (Dengan sinis nyer) : )
Huhuhuhu (TERHARU + SEBAK + POYOnyer :D)
Kejayaan??!! Memang ku amat mengharapkan diri ini mengecapi kejayaan…. Moga2 dimakbul kan ALLAH yang maha ESA…..(Amin!!) Dan lagi pembukaan??!! Ntah le…. Mungkin aku nie pembukaan kepada segala jalan2 yang berliku2 ini hahahahahaha……. (TERLEBEH SUDAH)

Tapi betul ke TERBUKTI bahawa nama memang mempergaruhi keperibadian dan personaliti seseorang? Adakah hujah2 ku Berjaya dibuktikan dan disokong dengan hanya berdasarkan contoh2 pada diriku sendiri (PERASAN lagi) wawawawawa…..
Okei baiklah mari kita lihat siapa yang kena……..!!!!!

Setelah itu, saya membelek pula halaman di muka surat 25 di bahagian “NAMA-NAMA LELAKI”…… Nama apakah itu? H . A . N . I . F ??!!! Yup, nama Mr Pres kita la, siapa lagi! En Muhamad Hanif….. Hanif… Hanif… Hanif… Ha! Jumpe pon….
Hanif (Yang lurus; Yang berpegang teguh kepada ajaran Islam)
PERGHHHHHH……!!! Betol la….. macam tak percaya… MASIH TAK PERCAYA?? Pikirlah sendiri! (Gaya RAJA LAWAK) hehehehe….
Who is he? He is an AJK for IMAM(Ikatan Mahasiswa Madani) society…. He is the one who are responsible to “baca doa” untuk apa2 majlis…. Lagi? Orangnya lurus, very polite and humble person! Am I wrong? Then please comment the post 

So what more? BILLIE?? Hahaha…. Mohon maaf, tidak di jumpai…
B . A . Z . I . L !!! yup Bazil next….
Bazil (Yang Bijak; Yang Pakar) hahahaahahaha….
Bijak? Memang la awak bijak wahai En. Bazil! Jika tidak masakan anda sekarang sedang menuntut di UiTM Arau ini…. Huhuhuhuhuhuu…. (TERHARU) Tapikan kalau anda rajin sedikit, pasti awak lebih bijak dan lebih berjaya dari yang lain-lain…. Percaya lah! (tulus ikhlas dari ku) jijijijijiii….

Yang paling penting “Yang Pakar”…. Memang sesuai sangat la maksud ini untuk awak… Nape ek? Awak kan pandai berenang…. SUKMA lagi? Tempat ketiga plak tue…. Awak memang hebat la…. Hahahahahahaa…….
Lagi siapa ek???

A.K.M.A.L??????
Yup… Akmal (Yang lebih sempurna). Macam En. Billie jugak, awak begitu mementingkan kesempurnaan di dalam apa-apa juga tugasan yang di berikan termasuklah segala assignment dan report yang perlu di submit kan…… tidak terkecuali juga untuk segala aktiviti persatuan marin yang di jalankan……. Ya! Beliau la En S.U. kita… hahahahahaaa…..
Kalau bab presentation!!! You almost perfect on it! That shows how "kesempurnaan" is related to...

Lagi???

Nurisham???? Tak jumpe la… tapi yang paling hampir dengan nama tersebut ialah Hisham (Kemurahan hati)….. Hahahahahaa….. jika ianya boleh diambil dikira, maka ianya memang bertepatan sekali dengan personaliti dan keperibadian beliau. Mengapa tidak? Bukankah setiap kali kelas bermula, beliau merupakan pemborong kepada gula-gula untuk rakan-rakannya. Ianya boleh di dapati secara percuma, terus dari empunya badan hahahak (Promote sket)…. X percaya? Cuba la sendiri….

Amirah (Ketua; Putri)
HUHUHUHUU….. Saper x kenal die, presiden kolej Siding tuh….
So dengan kata lain yang boleh di simpulkan(boleh ke?)…. Maka terbukti lah Nama itu dapat mempengaruhi keperibadian dan personaliti kita… Jesteru itu jangan lah kita memberi nama-nama yang ganjil serta tidak di ketahui maksudnya kerana ia mungkin secara tidak langsung memberi kesan kepada pembentukan keperibadian dan personaliti masing-masing.

Friday, January 9, 2009

RENUNGAN

MANUSIA ADALAH INSAN KERDIL YANG SENTIASA CENDERUNG MELAKUKAN KESILAPAN. BERDAMPINGLAH KAMU DENGAN INSAN-INSAN YANG MAMPU MENASIHATIMU APABILA KAMU MELAKUKAN KESALAHAN. SERTA INSAN YANG BERSEDIA MENERIMA TEGURAN APABILA DIA MELAKUKAN KESILAPAN. KERANA MANUSIA ITU SALING MEMERLUKAN ANTARA SATU SAMA DENGAN YANG LAIN.

Thursday, January 8, 2009

TEKA TEKI

hai kawan2 semua.........
bukan nak bergosip tp saya ada teka teki untuk disoal. sekadar untuk merehatkan fikiran kita. baiklah bagi anda yang tahu jawapan bagi teka teki saya ini jawablah ye..........

wujud di hujung dunia, duduk ditengah orang, lebih pada nama tapi kurang pada rupa.
kecil di China tapi besar di Arab, ada disana tapi tiada disini.
ada besar tapi tiada kecil, 2 di atas dan 2 di bawah.
2 di kanan tapi tiada di kiri.
1 pada emak, 2 pada ayah.
1pada cinta tetapi lebih pada sayang.

apakah ia?????????????????????????