Friday, March 6, 2009

banglo (hadiah kepade ateng)

PANDANGAN DEPAN



amcam? depan ada style tak?

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

PANDANGAN SISI



gile kentang ebat banglo nih..harharhar

Misteri Bola Ping Pong

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????





ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya.

BIDAN

Assalamualakum buat semua tetamu cerita seram,

Kisah yang bakal saya ceritakan ini bukanlah sekadar rekaan semata mahupun untuk mendapat perhatian manusia di alam nyata ini.

Kisah ini berlaku dengan terlalu nyata sekali hinggakan ke hari ini hidup saya telah berubah dengan kejadian itu.

Saya dilahirkan di sebuah kampung yang agak terkenal di negeri utara di kaki gunung Jerai. Sejak kecil lagi, kehidupan di sekeliling saya telah dipenuhi dengan adengan-adegan yang tidak dapat mata kasar menahannya. Setiap perkara yang berlaku hanya berlaku dengan mata hijab yang terbuka.

Dikampung saya ini telah berlaku suatu cerita yang terjadi beratus tahun lagi, mungkin juga dari zaman 'Kedah Tua'. Kisah ini mengenai seorang 'Bidan Kampung' yang mencari rezeki halal. Allahwualam!

Menurut cerita orang kampung, bidan ini akan datang berkunjung ke rumah orang yang akan melahirkan anak. Maklumlah, zaman dulu, tida lagi kemudahan hospital mahupun klinik daerah.

Beliau akan datang bertandang ke rumah orang yang sarat melahirkan anak dan dengan ikhlas bidan itu akan menghulurkan bantuannya sebagai bidan.

Untuk pengetahuan umum, wajah bidan ini adalah seperti manusia biasa sahaja, beliau mempunyai anak mata hitam yang bulat dan cantik sekali, lebih lebih lagi dipancar oleh sinaran bulan mengembang, kulitnya halus bagaikan sutera yang subur, suranya merdu bagaikan buluh perindu, dan tubuhnya montok bagaikan kekabu yang masih tebal. Bak kata, dia bukanlah seperti bidan yang lain, tua kedut.

Mengikut cerita orang tua, bidan muda ini akan menggunakan kecantikannya untuk mengorat si suami, dengan itu dia dibenarkan bermalam di rumah orang yang hendak melahirkan anak itu tadi.

Berbalik pada cerita saya, sesudah si isteri itu melahirkan anaknya, beliau akan menyuruh si suami itu letakan darah lahiran anaknya itu di tepi telaga, katanya untuk dibasuhkan sahaja. "Hang campakkan ja, kain darah tu kat tepi telaga, nanti cek basuhkan sampai bersih." Si suami itu akan buat seperi apa yang disuruh tadi.

Sebaik sahaja beliau turun ke telaga bidan itu akan lesap entah ke mana hilang dari alam nyata. Kesian pula kepada si isteri tu, tak sampai 7 hari melahirkan anaknya, dia jatuh sakit hingga meninggal dunia, dan anaknya pula menjadi bangkai dalam bengkung.

Cerita ini berlaku begitu lama, hinggakan ramai pawang- pawang mahupun bomoh-bomoh mencari di setiap pelusuk kampung.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun meninggalkan tahun, pada suatu hari saya terpaksa mengikut datuk saya, untuk menolong seorang perempuan yang sarat mengandung. Waktu itu saya berumur 6 tahun dan ia berlaku pada pertengahan 70'an.

Datuk saya adalah seorang bomoh biasa dan nenek saya pula adalah seorang bidan yang biasa sahaja cukup untuk membantu apa yang patut.

Menurut cerita si suami, ada seorang bidan yang katanya datang dari Sintok, untuk menolong, tapi si suami tadi menolak dengan lemah lagi lembut kerana si suami tadi sudah pun meminta bantuan nenek saya. Maka denga pantas wajah si bidan tadi berubah dengan kerutan yang beribu di dahi, bidan tadi menggenggam tanganya lalu berkat, "Tak pa naaa, nanti hang tengok laaaa, baghu hang tau langit ni tinggi ka rendah ka." Si suami tadi terkejut dan tidak faham lalu tidak mengendahkan bidan tadi.

Cukup 9 hari 10 bulan si isteri yang sarat mengandung itu, tepat pada 15 Rejab bersamaan dengan waktu malam yang bulan nya terang benderang hinggakan cukup untuk menjadi pelita pada malam itu, saya dan datuk saya, nenek saya, juga beberapa orang kampung turun untuk menolong.

Ketika itu datuk saya mengarahkan saya untuk menjaga di bawah rumah, cuba tengok-tengokkan benda yang hendak menggangu. Orang cakap syaitan suka mengganggu benda-benda ni.

Saya hanya mendengar suara si isteri tadi menjerit dan mengerang untuk melahirkan anaknya, kemudian saya terdengar bunyi suara tangisan bayi ynag baru dilahirkan. Dan pada ketika itu jua, saya dipanggil oleh datuk saya untuk membawa darah nifas(darah perempuan yang baru melahirkan anak)bersama nenek saya untuk dicucikan ditepi telaga.

Saya masih ingat lagi, terang bulan malam itu agak berlainan sedikit, dengan deruan angin yang agak sejuk seram, saya pun cuba menemankan nenek saya untuk mencuci darah nifas tersebut.

Tetapi nenek saya terlupa untuk mengambil sintok (macam berus zaman dulu) jadi dia suruh saya tunggu dan jaga kain darah tersebut dengan berhati-hati.

Akibat terasa nak terkucil, saya pergi ke arah sebelah telaga sana kira-kira nak menyorok sikit daripada penglihatan orang. Sedang seronok melepaskan angin kucilan saya itu, tiba-tiba saya terdengar bunyi....seperti orang sedang minum sup, "sssrrrrrrrrppppppppp"!

Dengan perasaan yang terlalu ingin tahu, saya cuba menyorok di belakang telaga untuk mencari bunyi apakah itu, tiba-tiba........

Saya ternampak bentuk tubuh manusia dari belakang, beliau mempunyai rambut yang panjang berwarna putih...mengerbang ditiup angin, bercangkung sedang melakukan sesuatu,...tiba-tiba.....YA ALLAH!!! beliau memusingkan badannya hingga menampakkan wajahnya, yang..begitu...ALLAH....terlalu buruk hinggakan bukan lagi wajah manusia yang terpampang dimukanya tetapi seekor binatang yang menyerupai syaitan, beliau mempunyai mata yang besar tetapi tirus hingga ke hujung muka, anak matanya berwarna merah, keningnya tebal hingga menampakkan garangnya, kulitnya berkedut seribu, dan yang paling mengerikan mulutnya lebar dan dipenuhi darah-darah yang mengalir.

Saya dapat rasakan dia juga terkejut dengan kehadiran saya, sambil masih dalam keadaan bercangkung 'beliau' terus menghirup darah nifas yang saya tinggalkan tadi dan matanya menjadi semakin besar dan bulat, tiba tiba...beliau menghulurkan kain yang berdarah tadi sambil melemparkan senyuman yang terlalu seram dan tersenyum lebar hingga menampakan taring yang tajam. Serantak itu dengusannya semakin kuat seperti bunyi harimau yang sedang hendak membaham mangsa.

Saya menjadi terkedu dan terlalu takut lalu hanya mampu melihat binatang itu, tidak lama kemudian binatang itu terbang ke udara bersama kain yang berdarah tadi.

Saya terus berlari mendapatkan datuk saya, dan memberitahu akan kejadian tadi..tapi malangnya lewat...'beliau' telah hilang entah ke mana.

Malang lagi, si isteri tadi hanya bertahan selama 7 hari walaupun datuk saya cuba mengubat...si isteri tadi telah meninggal dunia. (Innallilah) dan juga bayi tersebut.

Mengikut cerita orang2 tua di situ, bidan tersebut adalah penari kabaret yang cantik, tetapi akibat tergilakan untuk menjadi muda selalu beliau telah menghambakan dirinya pada syaitan dan memerlukan darah....

Saya pula dari sejak peristiwa itu, sentiasa terbuka mata hijab dan.....

Janet n John

Di suatu kawasan pedalaman di Texas, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.

Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk.Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah. Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Janet.
John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku."
John buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."
Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku."
Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku."
Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

"Sekarang....buka seluar dalamku..."
Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.





Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...





"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Akekekek...apa yg engkorang pikir haaa?????????

Lawak! Lawak! Lawak!

Disebuah hospital sakit jiwa, ada seorang pesakit mental dikurung didalam sebuah bilik. Kerjanya tiap tiap hari menyanyi, pagi petang siang malam dia menyanyi, tak penat-penat, kalau dah betul betul penat, barulah dia tidur. Lagu yang paling dia suka lagu 60-an, semua lagu dia tahu, dari jefridin, a halim, L ramle.

Tapi yang peliknya, dia suka nyanyi sambil telentang, agak-agak lepas sejam, dia nyanyi sambil meniarap, selepas sejam telentang pulak, begitulah cara dia nyanyi, kejap telentang kejap meniarap, sampailah malam. Si warden penjaga hospital ni rasa heran jugaktapi malas nak tanya, tapi satu hari dia tanya jugak " Tanya sikit bang, kenapa kalau nyanyi, sekejap telentang, sekejap meniarap" Jawap pesakit mental tu " Kalau telentang tu side A, meniarap tu side B la bodoh"

Monday, March 2, 2009

Pelajar Part3 Accident???

Bertemu kita sekali lagi...
Pada hari ini kita di gemparkan dengan berita yang kurang menyenangkan dan tragis, 2 orang pelajar Marine Technology dikatakan telah mengalami accident diantara Motosikal dengan Van. Kedua-dua mangsa telah dirawat di Hospital Besar, Kangar. Sumber melaporkan bahawa mangsa selamat dan masing-masing mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar. Bagaimanapun kedua-dua mangsa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut....

Berikut hasil temu bual saya dengan wartawan yang terlibat En AHMAD KAMEL yang berada di tempat kejadian......


AhMad KaMeL: urm..
AhMad KaMeL: xcident moto ngan van..
sharonno: lg
AhMad KaMeL: van tersebut berwaner putih
sharonno: oh
sharonno: lg
AhMad KaMeL: hasil maklumat yg dberikan mangsa
sharonno: yes
AhMad KaMeL: menyatakan bahawa
AhMad KaMeL: pemandu van tersebut bersalah
AhMad KaMeL: sama skali
sharonno: ya
AhMad KaMeL: kerana membuat pusingan tanpa memberikan signal
sharonno: oh
AhMad KaMeL: eh..bagi
AhMad KaMeL: tapi lambat
sharonno: oh
sharonno: pas2
AhMad KaMeL: then motor yg di tunggang mase berlanggar bontot van itu..
AhMad KaMeL: taida kemalangan jiwa di laporkan
sharonno: oh
AhMad KaMeL: tapi
sharonno: alhamdullilah
sharonno: uh
AhMad KaMeL: pembonceng mengalami patah 3 jari kaki..
AhMad KaMeL: n pengsan di tmpat kejadian
AhMad KaMeL: n penunggang pula patah pergelangan tangan
sharonno: oh
AhMad KaMeL: n mengalami keretakan di jari kaki
sharonno: lalu
AhMad KaMeL: kami di fahamkan..
sharonno: ya
AhMad KaMeL: kedua dua mangsa di masukan ke dalam wat pesakit luar
sharonno: lagi
AhMad KaMeL: urmm...
AhMad KaMeL: mangsa dipercayai di letakan di wad yg berasingan
sharonno: oh
AhMad KaMeL: mangsa yg bername naim, 20thn di masukan di wad tngkat 1
AhMad KaMeL: manakala mangsa kedua, din 20 thn di masukan wad tngkat 2
sharonno: sape y dtg menziarahi pesakit
AhMad KaMeL: sumber menyatakan pihak uitm ader menghantar wakil ..
AhMad KaMeL: juge rakan perjuangan
sharonno: oh
AhMad KaMeL: sumber-bernama
AhMad KaMeL: kat kosmo kuar esok
AhMad KaMeL: ak yg tulis!!
AhMad KaMeL: haha

Sekian......

Sunday, March 1, 2009

inspiring quotes

ni quotes or words yg korg leh gune if ade sesuatu yg dtg tiba2 mnyekat perjalanan hidup korg..(cewah..ayat x bley blah..)

Water is fluid, soft, and yielding. But water will wear away rock, which is rigid and cannot yield. As a rule, whatever is fluid, soft, and yielding will overcome whatever is rigid and hard. This is another paradox: what is soft is strong.

Chinese Proverbs
If you get up one more time than you fall, you will make it through.


We have not inherited the earth from our ancestors, we have only borrowed it from our children. .

Eugene Cloutier
To know the value of generosity, it is necessary to have suffered from the cold indifference of others. .

Ferdinand Foch
The most powerful weapon on earth is the human soul on fire.

Pablo Casals
The capacity to care is the thing which gives life its deepest meaning and significance.
Thanks to Ayn Fox

Sheila Graham
You can have anything you want if you want it desperately enough. You must want it with an exuberance that erupts through the skin and joins the energy that created the world.

Vaclav Havel
Vision is not enough, it must be combined with venture. It is not enough to stare up the steps, we must step up the stairs.
Thanks to Catherine Doucette

T. Starr King
The spirit of a person's life is ever shedding some power, just as a flower is steadily bestowing fragrance upon the air.
thanks to Michele Rousseau

Albert Schweitzer
In everyone's life, at some time, our inner fire goes out. It is then burst into flame by an encounter with another human being. We should all be thankful for those people who rekindle the inner spirit.
Thanks to Ellen Fletcher

Alan Paton
There is only one-way in which one can endure man's inhumanity to man and that is to try, in one's own life, to exemplify man's humanity to man.

William Jennings Bryan
Destiny is not a matter of chance, it is a matter of choice. It is not a thing to be waited for, it is a thing to be achieved.


Bruce Barton
Nothing splendid has ever been achieved except by those who dared believe that something inside them was superior to circumstance.


Albert Schweitzer
The future of civilization depends on our overcoming the meaninglessness and hopelessness that characterizes the thoughts of men today.

Ralph Ellison
When I discover who I am, I'll be free.

Alexander Graham Bell
When one door closes another door opens; but we so often look so long and so regretfully upon the closed door, that we do not see the ones which open for us.


Bernadette Devlin
To gain that which is worth having, it may be necessary to lose everything else.


Chief Seattle
Man did not weave the web of life, he is merely a strand in it. Whatever he does to the web, he does to himself.

Buddha
All that we are is the result of what we have thought.

Bacon,
Dolendi modus, timendi non item.
(To suffering there is a limit; to fearing, none.)

Matthew Arnold
Resolve to be thyself: and know, that he who finds himself, loses his misery.

Albert Einstein
There are only two ways to live your life. One is as though nothing is a miracle. The other is as though everything is a miracle.

Dr. Robert Schuller
What would you attempt to do if you knew you would not fail?

Joseph Addison
It is only imperfection that complains of what is imperfect. The more perfect we are, the more gentle
and quiet we become towards the defects of others.

tension

Disebabkan aku tension send video clip xdapat,aku send la benda macm nie..
Ilham nie aku dapat time aku muda2 dulu..
Yela,zaman sek..ske noo buat lawak bodo..
Tp,ape2 pun aku nk kongsi la,betapa bengongnye aku zaman sek dulu..
Tp aku da berubah bile masuk matrix..
Jd baik skit..
Xmcm k long..
Haha..
Da2,drpd aku ngarut,meh aku kongsi ngan Korang peribahasa yg bleh diketghkn oleh raja2 lawak tuk menang raja lawak 3..

1. ke mana tumpah nye kuah kalau tidak ke bawah
2. tiada rotan pelempang berguna juga.
3. biar lambat asalkan tak cepat .
4. biar putih tulang jangan kuning gigi.
5. carik2 bulu ayam lama2 jadi shuttlecock.
6. gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan awek
7. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.
8. habis madu sepah jgn di buang merata2
9. ayam terlepas tangan berbau ayam.
10. berani kerana benar takut kerana penakut.
11. cubit paha kanan peha kiri tak rasa apa-apa pun.
12. diam2 ubi berisi diam2 orang bisu .
13. hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.(xde org terasa kn?)
14. kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada tangannya.
15. lembu punya susu wanita belanda(cuba anda berfikiran bersih ok..) dpt nama
16. sehari selembar benang lama2 benang habis.
17. membujur lalu melintang pukang.
18. sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.
19. kecil-kecil cili padi,kecil lagi biji cili.
20. kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah.
21. alang2 menyeluk pekasam, biarlah sampai ketiak masam(khas tuk k long)
22. kalau takut dilambung ombak, jangan cuba nak naik bot.

sekian..
tue je la lawak aku zaman muda..even aku still 16 lg..
harap korang enjoy weekends nie k..
XOXO

Fakta Lawak

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?