Friday, March 6, 2009

BIDAN

Assalamualakum buat semua tetamu cerita seram,

Kisah yang bakal saya ceritakan ini bukanlah sekadar rekaan semata mahupun untuk mendapat perhatian manusia di alam nyata ini.

Kisah ini berlaku dengan terlalu nyata sekali hinggakan ke hari ini hidup saya telah berubah dengan kejadian itu.

Saya dilahirkan di sebuah kampung yang agak terkenal di negeri utara di kaki gunung Jerai. Sejak kecil lagi, kehidupan di sekeliling saya telah dipenuhi dengan adengan-adegan yang tidak dapat mata kasar menahannya. Setiap perkara yang berlaku hanya berlaku dengan mata hijab yang terbuka.

Dikampung saya ini telah berlaku suatu cerita yang terjadi beratus tahun lagi, mungkin juga dari zaman 'Kedah Tua'. Kisah ini mengenai seorang 'Bidan Kampung' yang mencari rezeki halal. Allahwualam!

Menurut cerita orang kampung, bidan ini akan datang berkunjung ke rumah orang yang akan melahirkan anak. Maklumlah, zaman dulu, tida lagi kemudahan hospital mahupun klinik daerah.

Beliau akan datang bertandang ke rumah orang yang sarat melahirkan anak dan dengan ikhlas bidan itu akan menghulurkan bantuannya sebagai bidan.

Untuk pengetahuan umum, wajah bidan ini adalah seperti manusia biasa sahaja, beliau mempunyai anak mata hitam yang bulat dan cantik sekali, lebih lebih lagi dipancar oleh sinaran bulan mengembang, kulitnya halus bagaikan sutera yang subur, suranya merdu bagaikan buluh perindu, dan tubuhnya montok bagaikan kekabu yang masih tebal. Bak kata, dia bukanlah seperti bidan yang lain, tua kedut.

Mengikut cerita orang tua, bidan muda ini akan menggunakan kecantikannya untuk mengorat si suami, dengan itu dia dibenarkan bermalam di rumah orang yang hendak melahirkan anak itu tadi.

Berbalik pada cerita saya, sesudah si isteri itu melahirkan anaknya, beliau akan menyuruh si suami itu letakan darah lahiran anaknya itu di tepi telaga, katanya untuk dibasuhkan sahaja. "Hang campakkan ja, kain darah tu kat tepi telaga, nanti cek basuhkan sampai bersih." Si suami itu akan buat seperi apa yang disuruh tadi.

Sebaik sahaja beliau turun ke telaga bidan itu akan lesap entah ke mana hilang dari alam nyata. Kesian pula kepada si isteri tu, tak sampai 7 hari melahirkan anaknya, dia jatuh sakit hingga meninggal dunia, dan anaknya pula menjadi bangkai dalam bengkung.

Cerita ini berlaku begitu lama, hinggakan ramai pawang- pawang mahupun bomoh-bomoh mencari di setiap pelusuk kampung.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun meninggalkan tahun, pada suatu hari saya terpaksa mengikut datuk saya, untuk menolong seorang perempuan yang sarat mengandung. Waktu itu saya berumur 6 tahun dan ia berlaku pada pertengahan 70'an.

Datuk saya adalah seorang bomoh biasa dan nenek saya pula adalah seorang bidan yang biasa sahaja cukup untuk membantu apa yang patut.

Menurut cerita si suami, ada seorang bidan yang katanya datang dari Sintok, untuk menolong, tapi si suami tadi menolak dengan lemah lagi lembut kerana si suami tadi sudah pun meminta bantuan nenek saya. Maka denga pantas wajah si bidan tadi berubah dengan kerutan yang beribu di dahi, bidan tadi menggenggam tanganya lalu berkat, "Tak pa naaa, nanti hang tengok laaaa, baghu hang tau langit ni tinggi ka rendah ka." Si suami tadi terkejut dan tidak faham lalu tidak mengendahkan bidan tadi.

Cukup 9 hari 10 bulan si isteri yang sarat mengandung itu, tepat pada 15 Rejab bersamaan dengan waktu malam yang bulan nya terang benderang hinggakan cukup untuk menjadi pelita pada malam itu, saya dan datuk saya, nenek saya, juga beberapa orang kampung turun untuk menolong.

Ketika itu datuk saya mengarahkan saya untuk menjaga di bawah rumah, cuba tengok-tengokkan benda yang hendak menggangu. Orang cakap syaitan suka mengganggu benda-benda ni.

Saya hanya mendengar suara si isteri tadi menjerit dan mengerang untuk melahirkan anaknya, kemudian saya terdengar bunyi suara tangisan bayi ynag baru dilahirkan. Dan pada ketika itu jua, saya dipanggil oleh datuk saya untuk membawa darah nifas(darah perempuan yang baru melahirkan anak)bersama nenek saya untuk dicucikan ditepi telaga.

Saya masih ingat lagi, terang bulan malam itu agak berlainan sedikit, dengan deruan angin yang agak sejuk seram, saya pun cuba menemankan nenek saya untuk mencuci darah nifas tersebut.

Tetapi nenek saya terlupa untuk mengambil sintok (macam berus zaman dulu) jadi dia suruh saya tunggu dan jaga kain darah tersebut dengan berhati-hati.

Akibat terasa nak terkucil, saya pergi ke arah sebelah telaga sana kira-kira nak menyorok sikit daripada penglihatan orang. Sedang seronok melepaskan angin kucilan saya itu, tiba-tiba saya terdengar bunyi....seperti orang sedang minum sup, "sssrrrrrrrrppppppppp"!

Dengan perasaan yang terlalu ingin tahu, saya cuba menyorok di belakang telaga untuk mencari bunyi apakah itu, tiba-tiba........

Saya ternampak bentuk tubuh manusia dari belakang, beliau mempunyai rambut yang panjang berwarna putih...mengerbang ditiup angin, bercangkung sedang melakukan sesuatu,...tiba-tiba.....YA ALLAH!!! beliau memusingkan badannya hingga menampakkan wajahnya, yang..begitu...ALLAH....terlalu buruk hinggakan bukan lagi wajah manusia yang terpampang dimukanya tetapi seekor binatang yang menyerupai syaitan, beliau mempunyai mata yang besar tetapi tirus hingga ke hujung muka, anak matanya berwarna merah, keningnya tebal hingga menampakkan garangnya, kulitnya berkedut seribu, dan yang paling mengerikan mulutnya lebar dan dipenuhi darah-darah yang mengalir.

Saya dapat rasakan dia juga terkejut dengan kehadiran saya, sambil masih dalam keadaan bercangkung 'beliau' terus menghirup darah nifas yang saya tinggalkan tadi dan matanya menjadi semakin besar dan bulat, tiba tiba...beliau menghulurkan kain yang berdarah tadi sambil melemparkan senyuman yang terlalu seram dan tersenyum lebar hingga menampakan taring yang tajam. Serantak itu dengusannya semakin kuat seperti bunyi harimau yang sedang hendak membaham mangsa.

Saya menjadi terkedu dan terlalu takut lalu hanya mampu melihat binatang itu, tidak lama kemudian binatang itu terbang ke udara bersama kain yang berdarah tadi.

Saya terus berlari mendapatkan datuk saya, dan memberitahu akan kejadian tadi..tapi malangnya lewat...'beliau' telah hilang entah ke mana.

Malang lagi, si isteri tadi hanya bertahan selama 7 hari walaupun datuk saya cuba mengubat...si isteri tadi telah meninggal dunia. (Innallilah) dan juga bayi tersebut.

Mengikut cerita orang2 tua di situ, bidan tersebut adalah penari kabaret yang cantik, tetapi akibat tergilakan untuk menjadi muda selalu beliau telah menghambakan dirinya pada syaitan dan memerlukan darah....

Saya pula dari sejak peristiwa itu, sentiasa terbuka mata hijab dan.....

1 comment:

fungi freak said...

ape nie??? mne smbgnnyer huhuhuhuuuu.......